SEJARAH SEKOLAH
 
               Sekolah Kebangsaan Rancangan Tanah Belia Khas Pondok
Tanjong (RTBK)  telah diasaskan pada 01.01.1985. Sekolah ini asalnya
adalah sebuah asrama pekerja ladang Jabatan Pertanian yang telah diubah-
suai menjadi 3 buah kelas. Asrama ini telah dipinjamkan oleh pihak Jabatan
Pertanian kepada pihak sekolah.
 
                Kelas yang ada pada ketika itu hanya Tahun 1, 2 dan 3 sahaja.
Manakala tenaga pengajarnya pula ialah seramai  3 orang guru yang di
pinjamkan oleh Sekolah Kebangsaan Sri Selama dan bilangan muridnya
pula ialah seramai 95 orang yang terdiri dari anak-anak peneroka rancangan
ini. Oleh kerana sekolah ini merupakan cawangan daripada Sekolah
Kebangsaan Sri Selama, maka pentadbirannya juga turut berada di bawah
sekolah tersebut.
 
 Pada 01.08.1985, pentadbiran sekolah SK RTBK telah dipisahkan
dari sekolah induk dengan perlantikan seorang guru besar iaitu Encik
Jamaludin B. Mat. Kelas masih kekal di bangunan pertanian yang telah di-
ubahsuai itu.
 
 Dengan peruntukan sebanyak RM50,000.00  dari pihak Kemen-
terian, sebuah bangunan induk telah siap dibina di atas tanah seluas 2.5 ekar
hasil gotong-royong penduduk RTBK. Bangunan induk ini mempunyai 4 buah
bilik darjah. 3 buah bilik digunakan untuk kelas Tahun 1, 2 & 3 dan 1 bilik
digunakan sebagai bilik guru dan Pusat Sumber Sekolah. Terdapat juga
sebuah bilik kecil yang digunakan sebagai pejabat am dan bilik guru besar.
Kemudahan lain yang disediakan termasuklah sebuah kantin, tandas dan
sebuah padang kecil. Manakala kelas Tahun 4, 5 & 6 di tempatkan di
bangunan pertanian. Guru-guru terpaksa berulang-alik ke sekolah cawangan
ini yang jaraknya lebih kurang 1 kilometer.
 
 Bilangan guru telah bertambah kepada 9 orang dan muridnya
pula ialah seramai 219 orang. Murid-murid terdiri dari anak-anak peneroka,
penduduk kampung dan estet yang berhampiran.
 
 Dalam pada itu, pihak kementerian telah meluluskan peruntukan
sebanyak  RM 1.7 juta untuk membina sebuah bangunan baru tiga tingkat
yang serba lengkap dengan berbagai kemudahan dan alatan di atas
tanah seluas 20.5 ekar . Bangunan ini telah siap dibina pada penghujung
1994 dan mula digunakan pada awal bulan Ogos 1995. Dengan siapnya
bangunan baru ini, maka murid-murid telah dapat belajar dengan selesa di-
dalam satu dan bangunan yang dipinjamkan oleh Jabatan Pertanian itu
telah diserahkan kembali.
 
 Bangunan baru 3 tingkat ini mengandungi 6 buah bilik darjah,
pejabat,bilikguru, PSS, bilik tayangan, bilik mesyuarat, tandas, bilik
kaunseling dan stor. Sebuah padang yang luas dan kantin juga turut di-
sediakan. Manakala bangunan lama masih digunakan sebagai makmal sains,
bilik muzik, bilik agama dan kelas Tahun 1. Kantin lama telah diubahsuai
menjadi bengkel kemahiran hidup.
 
 Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
selesa apabila  adanya bangunan dan segala alatan yang serba baru ini.